55 Tempat Menarik di Pahang (2024)
Pahang ialah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan diberkati dengan hutan yang subur, pantai yang indah dan gunung yang cantik. Dengan hutan hujan yang merangkumi dua pertiga dari negeri ini, terdapat begitu banyak untuk diterokai di sini. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Pahang yang perlu anda lawati hari ini.
Bentong (#1 – #11)
Bentong adalah sebuah bandar yang terletak di Pahang, yang mempunyai suasana yang tenang dan dipenuhi dengan kekayaan budaya. Jika anda sedang mencari tempat untuk percutian rohani, anda boleh melawat Kechara Forest Retreat, dan jika pengembaraan adalah apa yang anda cari, anda boleh menuju ke Bilut Extreme Park. Tidak kira apa pilihan anda, tempat menarik di Pahang yang indah yang terdapat di sini menjamin satu percutian yang menyegarkan jiwa.
Cameron Highlands
12. Pusat Teh Boh (Boh Tea Centre)
Sebagai pengeluar teh hitam yang terbesar di Malaysia, Pusat Teh Boh di Cameron Highlands adalah salah satu dari tiga ladang yang dimiliki oleh syarikat ini di negera ini. Antara pokok-pokok teh ialah kemudahan yang mendidik pengunjung tentang tehnya dan cara untuk membuat secawan teh yang baik. Anda juga boleh menikmati teh mereka di teres luaran mereka yang menghadap ke bukit.
13. Pusat Bunga Mawar (Rose Centre)
Satu lagi tempat menarik di Pahang yang perlu anda lawati ialah Taman Bunga Mawar Puan Robertson yang terletak di lereng bukit di Brinchang. Dengan lebih daripada 100 jenis bunga mawar dan 10 teres taman bunga mawar di sini, ini ialah tempat yang sempurna untuk pencinta bunga mawar. Mekar sepanjang tahun, taman bunga yang mempesonakan ini pasti akan menarik nafas anda.
14. Hutan Lumut (Mossy Forest)
Datanglah ke dunia di mana lumut tumbuh berlimpah di tempat yang terdingin di Cameron Highlands. Berjalan melalui hutan ini di atas laluan pejalan kaki yang ditinggikan dan berasa kagum dengan keindahan alam semula jadi yang ditawarkan. Tumbuh-tumbuhan yang jarang dan eksotik seperti tumbuhan periuk, orkid dan banyak lagi ada terdapat di sini.
15. Ladang Strawberi Bukit Raaju (Raaju’s Hill Strawberry Farm)
Ladang Strawberi Bukit Raaju adalah salah satu lagi tempat menarik di Pahang yang mesti dikunjungi yang terletak di Tanah Tinggi Cameron. Dengan iklim yang sempurna, strawberi boleh ditanam di sini. Kemasukan adalah percuma, dan pengunjung akan mendapat lawatan berpandu untuk memahami lebih lanjut mengenai buah ini. Anda juga boleh memetik strawberi di sini dan membayar untuknya apabila anda keluar dari ladang ini.
16. Ladang Lebah Madu Ee Feng Gu (Ee Feng Gu Honey Bee Farm)
Ladang Lebah Madu Ee Feng Gu adalah salah satu ladang lebah yang paling mantap dan popular di Cameron Highlands. Di kawasan yang sama, bukan sahaja anda akan melihat kotak-kotak lebah madu tetapi taman bunga juga. Di sini, anda akan dapat belajar tentang spesies-spesies lebah, produksi dan penuaian madu.
17. Galeri Seni Mah Meri (Mah Meri Art Gallery)
Tidak banyak yang tahu bahawa suku Mah Meri ialah orang asli yang tinggal di Pulau Carey. Galeri seni ini ialah ruang di mana kraftangan, seni, dan patung-patung Mah Meri ditempatkan. Ukiran kayu yang rumit dan berkualiti tinggi di sini adalah sangat indah. Jika anda ingin membawa pulang satu, anda boleh melawat kedai cenderamata yang terletak di sini.
18. Taman Lavender
Malaysia mempunyai taman lavender sendiri dan ia terletak di Cameron Highlands. Banyak orang akan datang ke sini untuk melihat “laut ungu” ini, dan ia adalah latar belakang yang sangat bagus untuk gambar Instagram anda. Selain itu, jangan meninggal termpat ini tanpa mencuba ais krim lavender mereka; ia adalah sangat sedap!
19. Lembah Kaktus
Siapa tahu anda dapat melihat kaktus di tempat yang begitu jauh dari gurun. Lembah Kaktus adalah destinasi yang terbesar dan lebih popular di Cameron Highlands. Di sini, anda dapat lihat pelbagai jenis kaktus, ada yang kecil dan ada yang setinggi seorang manusia.
Di sini, terdapat pelbagai tumbuhan kaktus untuk dijual juga. Anda boleh beli dan meletakkannya di meja rumah atau pejabat anda. Hanya ingat untuk tidak menggunakan terlalu banyak air kerana ia adalah kaktus.
Genting Highlands
20. Genting Highlands
Walaupun cuaca di Malaysia boleh menjadi terlalu panas untuk sesetengah orang, Genting Highlands dengan iklimnya yang seakan musim bunga yang terletak hanya satu jam dari pusat bandar adalah sangat sesuai. Digelar sebagai Las Vegas Malaysia, banyak orang dari seluruh Asia Tenggara akan datang ke sini untuk iklimnya yang dingin. Tempat menarik di Pahang ini bukan sahaja mempunyai kasino yang besar tetapi juga kompleks beli-belah dan taman tema dalam yang mengagumkan juga.
Jerantut (#21 – #25)
Jerantut adalah sebuah bandar yang tenang dan pada waktu yang sama, penuh dengan pengembaraan di Pahang, Malaysia dengan gabungan tradisi dan alam semula jadinya. Sebagai salah satu tempat menarik di Pahang yang paling terkenal, Taman Negara menjemput pelawat untuk menyelami hutannya yang subur dan tua, mendedahkan pelbagai biodiversiti yang menakjubkan. Di sebaliknya, Gua Kota Gelanggi yang penuh dengan misteri akan membawa anda ke dunia bawah tanah untuk menikmati keajaiban geologi purba.
Jerantut, dengan kewujudan yang harmoni antara warisan dan alam semula jadi, memastikan pengalaman yang menyegarkan.
Kuantan (#26 – #36)
Kuantan, bandar pantai di Pahang, Malaysia dengan anggunnya menggabungkan kehidupan bandar yang meriah dengan alam semula jadi yang indah. Di sini, anda boleh berehat di Pantai Teluk Cempedak yang terkenal dengan pasir emas dan gelombang birunya. Selain itu, anda juga boleh melawat Masjid Sultan Ahmad 1 yang berdiri dengan megah sebagai simbol agung seni bina Islam dan komuniti Kuantan yang bersemangat. Dengan pelbagai tempat menarik di Pahang di bandar ini, Kuantan menjamin gabungan harmoni antara rekreasi dan penjelajahan budaya.
Lipis
37. Taman Negara
Taman Negara ialah taman nasional yang tertua di Malaysia. Kaya dengan pelbagai hidupan liar dan tumbuhan, hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini adalah kebanggaan negara. Anda boleh melawat tempat ini untuk pelbagai aktiviti alam semula jadi yang disediakan seperti berdaki, berkayak dan banyak lagi. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat sekilas Harimau Malaya dan bunga Rafflesia.
38. Kawasan Perlindungan Penyu Cherating (Cherating Turtle Sanctuary)
Kawasan Perlindungan Penyu Cherating dibina pada tahun 1972 untuk melindungi dan memelihara penyu yang bertelur di rantau ini. Datanglah ke tempat menarik di Pahang ini untuk belajar tentang spesies penyu yang berbeza dan apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi haiwan ini. Sekiranya anda melawat sekitar bulan Jun dan Ogos, anda mungkin mendapat kesempatan untuk melihat penyu bertelur di pantai pada waktu malam.
Maran
39. Air Terjun Teladas
Anda akan dapat sampai ke air terjun yang indah ini dengan memandu selama 10 minit dari bandar Maran. Salah satu tempat menarik di Pahang yang merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah, berenang di sungai dan melihat air terjun yang setinggi 50 meter ini. Dikelilingi oleh hutan, ini ialah tempat yang sejuk untuk berehat, dan mempunyai masa yang aman dan seronok.
40. Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah merupakan satu lagi air terjun yang indah di daerah ini. Dengan ketinggian yang hampir 50 meter, air terjun ini memiliki tujuh tingkat. Anda dapat menikmati kolam yang dalam di setiap tingkat air terjun ini tetapi anda mesti mendaki melalui laluan semula jadi untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi; jangan risau kerana ada lawatan yang akan membawa anda mendaki.
Pekan (#41 – #47)
Pekan, terletak di Pahang, Malaysia, menggabungkan warisan diraja yang kaya dengan keindahan alam semula jadi yang tenang. Muzium Sultan Abu Bakar yang ikonik berdiri sebagai bukti kepada warisan yang kaya di kawasan ini, menawarkan khazanah artifak dan memorabilia diraja. Pada masa yang sama, Tasik Chini yang luas membolehkan pelawat berehat sambil menikmati pemandangan yang indah dan tenang. Dengan pelbagai tempat menarik di Pahang yang terdapat di Pekan, anda dijamin percutian yang santai.
Raub (#48 – #53)
Raub, sebuah bandar yang menarik di Pahang, Malaysia, menarik pengunjung dengan pelbagai tarikan semula jadinya, seperti Lata Berembun, salah satu air terjun yang paling tidak disentuh di Malaysia. Menambah kepada itu ialah Jeram Besu, sebuah tarikan semula jadi di Pahang di mana anda dapat menikmati pemandangan tanaman padi yang indah sambil menikmati aktiviti air seperti memancing dan bot. Dengan senarai keajaiban alam semula jadi yang luar biasa, Raub menjanjikan pengembaraan yang sukar untuk dilupakan.
Temerloh (#54 – #58)
Temerloh, terletak di sebelah Sungai Pahang di Malaysia, menawarkan gabungan tarikan semula jadi di Pahang dan budaya tempatan yang meriah. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan untuk makhluk megah ini tetapi juga menjemput pelawat untuk menyaksikan usaha pemulihan yang penuh belas kasihan. Selain itu, Deerland Park menawarkan pertemuan intim dengan pelbagai spesies rusa, mendedahkan bahagian alam liar yang lebih lembut.
Melalui setiap pengalaman, Temerloh menonjol sebagai destinasi di mana alam dan pemuliharaan bersatu dengan harmoni, mencipta kesan yang berkekalan.
Kesimpulan
Tidak kira apa yang anda cari, Pahang mempunyai sesuatu untuk semua orang. Ia adalah permata alam semula jadi, menawarkan kita dengan yang terbaik dari alam semula jadi melalui pantai murni, tasik besar, dataran tingginya dan banyak lagi. Datang dan alami semua tempat menarik di Pahang ini untuk diri anda hari ini!