6 Tempat Menarik di Gua Musang (2024)
Gua Musang adalah sebuah pekan dan daerah terbesar di Kelantan. Ia bersempadan dengan negeri Pahang di selatan, Terengganu di timur, dan Perak di barat. Terdapat banyak kisah mengenai penamaan bandar itu, pertama, orang ramai sering kali boleh melihat musang di sekitar sebuah gua di pinggir bandar, dan sejak itu penduduk tempatan telah menamakan kawasan itu Gua Musang.
Kedua, mengikut cerita rakyat, sekumpulan bomoh melakukan pengorbanan haiwan di hadapan gua. Ribut yang dahsyat berlaku pada suatu hari, dan kilat menyambar puncak bukit di sini, membelahnya kepada dua. Bomoh merasakan Tuhan Gua murka kepada mereka, dan semasa mereka berdoa, mereka ternampak sekumpulan besar musang, yang memberikan nama bandar itu. Dengan kisah yang begitu menakjubkan, berikut adalah beberapa tempat menarik di Gua Musang yang harus anda lawati.
1. Gua Madu
Gua Madu terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan, berhampiran Kampung Batu Papan dan adalah salah satu gua batu kapur dengan ciri tersendiri di sini. Ia mempunyai sungai dan dikelilingi oleh hutan yang subur serta persekitaran perkampungan yang damai, yang menarik orang ramai untuk menyertai aktiviti riadah di sekitar sana.
Gua Madu mendapat namanya melalui banyak sarang lebah yang menghasilkan madu di dalam gua. Tempat menarik di Gua Musang ini dipercayai merupakan gua terbesar bagi lebah membina sarangnya di negeri ini. Pelancong juga berpeluang untuk menyaksikan madu menitis dari sarang jika bernasib baik. Satu lagi fakta menarik tentang Gua Musang ialah ia dahulunya digunakan sebagai tempat persembunyian komunis kerana geografinya.
2. Tokong Air dan Bulan (Tokong Shui Yuegong)
Guan Yin, Dewi Penyayang, dihormati di Tokong Shui Yegong, salah satu tokong tertua di Malaysia dan sebuah patung besar Guan Ying telah dipahat boleh dijumpai di sini. Tokong ini ditubuhkan kira-kira empat ratus tahun lalu selepas orang Cina Hakka menetap di Kampung Pulai, Gua Musang. Fakta menarik tentang peneroka Hakka Cina ialah mereka mula-mula terkenal dengan operasi perlombongan emas, tetapi apabila bijih emas di kawasan ini hilang, mereka terpaksa beralih pada aktiviti pertanian untuk sumber pendapatan.
Komuniti itu akhirnya berintegrasi dengan masyarakat orang asli pada tahun-tahun kemudian. Tokong yang mewakili sejarah hidup masyarakat ini dibina berhampiran Bukit Puteri. Bukit itu juga dikenali sebagai Zhi Xia Dong dalam kalangan masyarakat Cina. Gua dan Sungai Galas, yang mengelilingi tokong, memberikan rasa tenang kepada para jemaah, sejurus menjadikannya salah satu tempat menarik di Gua Musang yang paling cantik.
3. Taman Tasik Gua Musang
Taman Tasik Gua Musang atau Taman Tasik Ketitir terletak di sebelah Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang. Tasik ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan. Taman yang indah ini adalah salah satu tempat menarik di Gua Musang yang sesuai untuk mereka yang gemar bergambar kerana ia dikelilingi dengan flora yang subur dan keindahan tasik. Taman tasik ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berjoging, berjalan kaki dan bersenam.
4. Stesen Keretapi Lama Gua Musang
Sekiranya anda pernah tertanya-tanya bagaimanan stesen kereta api boleh menjadi tarikan pelancong, inilah jawapan anda. Stesen keretapi ini unggul kerana keindahan semula jadi yang mengelilinginya. Stesen ini terletak di kaki bukit, yang merupakan suatu cerun batu yang sepi dan terpencil dengan tangga batu yang menjulang sehingga 105 meter.
Bukit itu menyerupai tiang batu dengan rekahan besar yang hampir memotongnya di tengah-tengah secara menegak. Walaupun tempat menarik di Gua Musang ini ditutup berikutan banjir besar pada 2014, ia tetap tersedia untuk fotografi atau sekadar untuk anda duduk dan mengagumi keindahannya.
5. Taman Etnobotani Gua Musang
Taman Etnobotani Gua Musang ialah destinasi pelancongan yang kurang dihargai. Ia dibina sebagai pusat penyelidikan dan rekreasi hutan untuk membantu memelihara hutan dan hasilnya, khususnya herba. Taman ini juga berfungsi sebagai pusat Program Latihan Khidmat Negara. Ia berkeluasan 35 hektar dan terletak berhampiran perkampungan di Jalan Gua Musang – Kuala Lipis.
Taman herba dan galeri, pusat inkubator untuk perniagaan PKS berasaskan herba, kemudahan aktiviti riadah, chalet dan ladang haiwan mini adalah ciri utama Taman Etnobotani. Beberapa aktiviti riadah, termasuk rock climbing dan berkhemah, ditawarkan selain daripada menganjurkan aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus pembinaan pasukan, dan seumpamanya. Kemudah an asas dan peralatan senaman, serta penginapan, juga disediakan. Taman Etnobotani juga berfungsi sebagai pusat ternakan burung Kasuari dan Rusa Timor, selain menjadi salah satu tempat menarik di Gua Musang yang kurang popular.
6. Taman Negara Kuala Koh
Sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang semula jadi, taman ini merupakan sebahagian daripada taman negara Malaysia dan berfungsi sebagai satu lagi titik masuk rasmi ke taman negara, yang meliputi kawasan seluas hampir 4,343 kilometer persegi. Terletak tidak terlalu jauh dari bandar, ini ialah syurga untuk pencinta alam semula jadi kerana anda akan dapat melakukan aktiviti seperti pemerhatian burung, memancing, fotografi alam semula jadi dan menyusuri hutan.
Selain flora dan fauna eksotik yang dapat ditemui di sini, anda juga akan dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah seperti serangkaian gua, pegunungan dan sungai.
Gua Musang dalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi jika anda mencari tarikan pelancong yang segar selain daripada yang terkenal seperti Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Sebagai contoh, penduduk Hakka Cina di bandar ini menarik, tetapi ramai rakyat Malaysia tidak menyedarinya. Lawatan ke sini akan menjadi peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang komuniti ini selain daripada menikmati tempat menarik di Gua Musang yang berbeza.