15 Tempat Menarik di Tokyo (2024)
Sebagai ibu negara Jepun, tidak hairanlah Tokyo adalah salah satu bandar terbesar di dunia dengan lebih kurang 14 juta penduduk di metropolisnya. Walaupun anda mungkin terkejut dengan bilangan penduduk bandar ini yang banyak, ia pasti akan menghiburkan percutian anda untuk berminggu-minggu. Tanpa sebarang urutan, di sini ialah 15 tempat menarik di Tokyo.
1. Istana Imperial
Istana Imperial terletak berhampiran dengan stesen Tokyo dan merupakan kediaman keluarga Imperial Jepun. Ianya terletak di bekas tapak Istana Edo yang juga merupakan kediaman Shogun Tokugawa yang memerintah Jepun dari tahun 1603 hingga 1867. Walaupun istana itu dimusnahkan semasa Perang Dunia II, ia dibina semula dalam gaya yang sama untuk menarik pelancong kerana kaitannya dengan sejarah penting negara Jepun.
2. Kuil Meiji
Kuil Meiji adalah kuil yang didedikasikan kepada Maharaja Meiji dan permaisurinya, Permaisuri Shoken. Ia dibina pada tahun 1920, dimusnahkan semasa Perang Dunia II dan dibina semula tidak lama selepas itu. Tempoh Meiji adalah zaman di mana Jepun dimodenkan dan mula menjadi kuasa yang besar di dunia.
Ia terletak berhampiran pintu masuk selatan Stesen Harajuku dan pintu masuk utaranya berhampiran Stesen Yoyogi. Anda hanya perlu perlu berjalan kaki selama 10 minit, sebaik sahaja anda keluar dari stesen. Ia adalah salah satu tempat menarik di Tokyo yang paling popular (dan juga Jepun), di mana ia boleh menarik sebanyak tiga juta pelawat dalam hanya tiga hari. Kuil sedang menjalani pengubahsuaian sempena ulang tahun ke-100 kuil itu tetapi ia masih dibuka untuk pelawat.
3. Kuil Sensoji
Kuil Sensoji adalah kuil Buddha yang sangat popular dan merupakan kuil tertua di Tokyo. Kuil ini berwarna-warni dengan dua pintu utama dipisahkan oleh satu jalan membeli-belah yang besar. Anda boleh melawat Kuil Sensoji sebagai lawatan seharian. Sekiranya anda melawat Tokyo dalam bulan Mei, pastikan anda menghadiri pesta Sanja Matsuri yang merupakan acara paling penting untuk Kuil Sensoji.
4. Muzium Negara Tokyo
Muzium Nasional Tokyo ditubuhkan pada tahun 1972, menjadikannya muzium tertua dan terkemuka di Jepun. Ia juga merupakan muzium terbesar di Jepun yang berada di Taman Ueno. Koleksi muzium terdiri daripada 11,000 seni dan peninggalan khazanah negara Jepun. Jika anda berminat dengan sejarah, ia adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Panduan audio dan penerangan tertulis dalam bahasa Inggeris tersedia ada membolehkan pengalaman pemahaman yang lengkap dan mendalam.
5. Tokyo Skytree
Sebagai salah satu tempat menarik di Tokyo, Tokyo Skytree adalah lebih daripada sekadar satu menara siaran televisyen. Berada di pusat Kota Sumida, bangunan ini juga merupakan struktur tertinggi dengan ketinggian 634 meter (ia mengalahkan Menara Tokyo). Anda boleh menuju ke salah satu menara pengamatannya di Tokyo Skytree. Di situ terdapat kedai cenderahati, restoran, dan pemandangan 360-darjah paling cantik di Jepun.
6. Yanaka
Yanaka adalah salah satu bandar yang mesti anda lawati bila melancong di Tokyo. Shitamachi, atau kota lama, getaran masih wujud di sana, dan dengan itu ia menawarkan pengalaman pelancong yang berbeza dari kunjungan ke tempat-tempat lain di Tokyo. Makanan ringan, pernak-pernik, makanan jari, dan banyak lagi dijual di kawasan ini. Ia bermaksud anda boleh menjelajah sambil menghayati makanan yang tersedia ada di kawasan ini.
Ini adalah aktiviti bersantai yang sesuai untuk melawat di pagi atau petang hari. Melawat Yanaka pasti akan membantu anda memahami kawasan luar bandar Tokyo dengan lebih mendalam.
7. Kuil Nezu
Satu lagi tempat menarik di Tokyo yang anda tidak boleh ketinggalan adalah Kuil Nezu. Kuil ini merupakan antara kuil tertua dan terindah di Tokyo. Jika anda berada di Tokyo pada musim bunga, pastikan anda meluangkan masa untuk melawat tempat ini. Pemandangannya memang indah apabila bunga Azalea mekar dalam musim bunga bermula dari bulan Mac hingga Mei. Antara pemandangan lain yang dapat dihayati di dalam kuil ini termasuklah pemandangan hijau, laluan gerbang, struktur kayu yang berwarna-warni dan kolam dengan ikan karp.
8. Hiroo
Hiroo tidak semestinya satu tarikan tunggal tetapi tempat untuk dilawat di Tokyo. Ini adalah tempat yang agak baru dan bergaya yang menjadi terkenal dengan makanan yang hebat. Tidak seperti tempat lain yang sibuk, Hiroo belum lagi dikunjungi oleh banyak pelancong. Masukkan Hiroo dalam senarai anda dan temui tarikan makanan yang hebat yang biasanya akan tersembunyi daripada pelancong.
9. Muzium Yayoi Kusama
Muzium Yayoi Kusama diasaskan oleh seorang seniman dengan nama yang sama. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan karya-karya beliau. Kusama merupakan seorang seniman “avant-garde” dan beliau ingin menyampaikan konsep uniknya sebagai seorang seniman. Ia adalah melalui seninya yang Kusama berkongsi mesej kedamaian dunia dan sayang kepada umat manusia.
10. Arashio-beya
Anda boleh ke pergi Arashio-beya di kawasan Hamacho untuk menyaksikan latihan sumo. Aktiviti ini memang menyeronokkan dan murah untuk mengalami budaya Jepun yang asli! Para sumo berlatih kebanyakan pada waktu pagi kecuali dalam bulan Mac, Julai dan November, tetapi anda boleh menhubungi mereka untuk mengesahkan masa latihan sebelum pergi ke sana. Alternatif ini adalah lebih murah dan senang berbanding membeli tiket gusti sumo.
11. Kuil Tsukiji Honganji
Kuil Tsukiji Honganji adalah sebuah kuil yang mempunyai sejarah yang kaya. Ia pada asalnya dikenali sebagai Kuil Edo-Asakusa Gobo dan dibina pada tahun 1617. Selepas kuil itu dimusnahkan dalam api pada tahun 1657, shogunate enggan membenarkannya dibina semula di Asakusa, oleh itu ia dipindahkan ke Tsukiji. Ia sekali lagi dimusnahkan pada tahun 1932 oleh gempa bumi “Great Kanto” sebelum dibina semula ke bentuk semasanya.
Seni bina Kuil Tsukiji Honganji diilhami oleh budaya Asia Selatan. Walaupun itu, ia juga mempunyai pengaruh barat di kuil. Terdapat tingkap kaca berwarna-warni di pintu masuk dewan (biasanya dikaitkan dengan gereja) dan juga organ pipa yang direka oleh pengeluar Jerman Barat ketika itu. Bukan itu sahaja, terdapat konsert organ paip setiap bulan.
12. Taman Inokashira
Jika anda sedang mencari alam semula jadi, Taman Inokashira merupakan satu tempat menarik di Tokyo yang indah dan ia tidak menghairankan penduduk tempatan suka mengunjungi taman ini. Di sini anda boleh menghayati keindahan alam semula jadi sambil mengunakan kemudahan rekreasi yang tersedia ada dan melawati muziumnya. Anda dinasihatikan untuk menempah tiket seawal mungkin untuk mengelakkan kekecewaan.
13. Nakamise
“Nakamise Shopping Street” adalah salah satu tempat membeli-belah terbaik di Tokyo. Makanan ringan dan cenderahati yang bagus boleh didapati di sini. Antara jenis makanan ringan yang terdapat di sana, anda haruslah mencuba “Ningyo Yaki” (kek manis yang dipenuhi dengan kacang merah) dan “Kaminari Okoshi” (keropok puff manis). Lokasi “Nakamise Shopping Street” hanyalah beberapa minit dari stesen Asakusa.
14. Menara Tokyo
Menara Tokyo dimodelkan dari Menara Eiffel, tetapi ianya 13 meter lebih tinggi daripada model asalnya. Menara Tokyo merupakan menara keluli yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 333 meter. Ia melambangkan kekuatan ekonomi Jepun yang semakin meningkat selepas perang dan ia adalah struktur tertinggi negara sehingga ia dilepasi oleh Tokyo Skytree. Seperti Menara Eiffel, menara ini mempunyai lebih dari satu dek pengamatan serta tempat untuk menikmati minuman dan membeli cenderahati.
15. Patung Hachiko (Stesen Shibuya)
Patung Hachiko juga merupakan tempat menarik di Tokyo yang popular. Ia adalah patung anjing peliharaan Akita gangsa yang dibina di hadapan stesen Shibuya. Anjing tersebut dipelihara oleh seorang profesor pada awal 1920-an, dan ia akan menunggu di stesen untuk pemiliknya kembali dari kerja setiap hari. Ia telah menjadi sebahagian daripada rutin harian mereka. Walaupun profesor itu meninggal dunia pada tahun 1925, anjing itu terus menunggu di stesen untuk profesor itu kembali selama hampir 10 tahun sehingga anjing itu mati.
Patungnya merupakan salah satu tempat yang popular untuk mengambil gambar. Patung itu melambangkan kesetiaan dan ia adalah salah satu tempat yang anda perlu melawat di Tokyo.
Tempat-tempat menarik di Tokyo terdiri daripada kuil, muzium, dan mercu tanda yang memaparkan sejarahnya dan kawasan yang lebih kecil yang mempamerkan kepelbagaiannya. Alami seberapa banyak yang anda boleh semasa melawat bandar Tokyo, dan anda pasti tidak akan terlepas apa-apa.